Pelanggan dan Rakan Niaga yang dihormati,
Kami telah mendapat maklumat bahawa ada individu yang tidak dikenali telah menggunakan nama syarikat kami, dan mempromosikan NEXEA ANGELS SDN BHD sebagai syarikat yang menawarkan skim yang menjanjikan pulangan yang sangat tinggi dengan sedikit atau tanpa risiko.
Kami mengambil maklum akan isu ini berikutan maklumat yang telah diberikan oleh individu-individu yang telah menerima maklumat dan tawaran palsu dari NEXEA menerusi Whatsapp yang dihantar oleh pihak tersebut. Individu yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan nama syarikat dan logo syarikat kami untuk menawarkan rancangan pelaburan yang menawarkan pulang yang terlalu menarik tetapi mustahil kepada individu. Harap maklum bahawa kami di NEXEA, tidak menawarkan skim perdagangan. Kami tidak menawarkan skim yang melibatkan pelaburan emas, perak, logam berharga, mata wang kripto atau hartanah. Kami hanya menawarkan pelaburan yang berkaitan dengan Perniagaan Baru Mula.
Kami memandang serius keselamatan maklumat dan meminta anda juga berwaspada dan berhati-hati sebagai langkah mencegah penipuan dan membantu melindungi kepentingan kita bersama. Mohon berhati-hati supaya tidak menerima atau memohon tawaran atau program pelaburan penipuan yang diiklankan di tempat lain. Kami menawarkan perkhidmatan kami HANYA melalui laman web kami di pautan
https://www.nexea.co/
Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang amalan jenayah dan akan melaporkan kegiatan tersebut kepada agensi penguatkuasaan undang-undang. Namun begitu, kepelbagaian dan kerancakkan aktiviti penipuan tersebut menyukarkan kami untuk mengesannya dalam masa yang singkat. Oleh yang demikian, kami menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan berwaspada dan sila ambil langkah berjaga-jaga seperti berikut :
Sekiranya anda menerima e-mel, pesanan ringkas atau panggilan yang mencurigakan yang didakwa adalah daripada NEXEA, mohon untuk tidak membalas, klik pada pautan atau membuka lampiran e-mel tanpa pengesahan terlebih dahulu mengenai kesahihan pengirim / pemanggil.
Sila hubungi kami sekiranya ada sebarang kecurigaan di: +60 3 5650 5150 atau hantarkan e-mel kepada kami di
https://www.nexea.co/contact/ untuk melaporkan sebarang produk kewangan, skim atau kempen pemasaran yang mencurigakan yang ditawarkan dibawah nama syarikat kami, NEXEA.
2. Sila perhatikan sebarang kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa dan pulangan pelaburan yang tidak realistik.
Anda boleh menghubungi pihak berkuasa secara langsung untuk bertanya atau mengemukakan laporan sekiranya anda percaya bahawa sebarang skim atau produk kewangan yang ditawarkan oleh mana-mana pihak adalah satu penipuan. Maklumat untuk berhubung dengan pihak berkuasa disenaraikan di bawah: